4:29 PM

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

GOWRY AND HER KENAGA BOYS

KAK SUE AND QI EN (AYAM MAN) MISS HIM..

THEY ARE INDEED HAPPY

VASANTHY AND YUNG YUNG :D

BILA DAPAT DUIT SEMUA GUMBIRA :D

ADA SESAPA NAK SPONSOR CIKGU BUKU...
DAPAT BUKU CERITA CAM OMBAK RINDU PUN JADIK LAH :KEKEKKEKEKE
:D

4:25 PM

ANTARA YANG MENJADI KEBANGGAAN


Taken by a dear student of mine... do visit his webpage 

Here's d photographer :D



11:42 AM

BILA RINDU ANAK DIDIK......






8:39 PM

KENAIKAN PANGKAT HAKIKI GURU TINGKATAN ENAM

Tajuk pun menarik :D

Jom baca ni.


Permohonan naik pangkat ikut syarat ditetapkan


2011/08/02

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ‘Akob Man, Kuala Lumpur’ dalam ruangan ini bertarikh 28 Julai 2011 ‘Nasib guru Tingkatan Enam belum terbela’. 

Pengisian jawatan kenaikan pangkat hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Gred DG44 ke Gred DG48 di sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 perlu melalui urusan pemangkuan dengan memohon melalui iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Calon perlu memenuhi syarat umum dan khusus yang ditetapkan di dalam iklan berkenaan dan seterusnya mereka perlu diluluskan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Dimaklumkan bahawa pengisian jawatan kenaikan pangkat Tingkatan 6 dilaksanakan bukan saja tertakluk kepada kekosongan jawatan tetapi juga kekosongan pakej mata pelajaran Tingkatan 6 yang ditawarkan di sekolah Tingkatan 6.
Bagi guru yang memenuhi syarat pemangkuan dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP tetapi tidak dapat ditempatkan di sekolah asal mereka kerana jawatan atau pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah berkenaan sudah penuh diisi, mereka akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di sekolah lain tertakluk kepada kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah Tingkatan 6 di negeri yang sama. 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.





6:41 PM

BILA DAH BOSAN


Inilah yang terjadi kalau dah penat bergotong royong. Penyapu pun boleh jadi bahan shoooting. Zhuo Liang ni sebenarnya gagal ujibakat Harry Potter :D

6:31 PM

PENGAJARAN MATHS DAN SAINS KEMBALI KE BAHASA KEBANGSAAN

Memang topik ini sangat hangat diperkatakan.  Secara faktanya yang kukuh aku memang tiada fakta yang sebenar. Coretan ini hanya didasarkan kepada realiti yang aku nampak di hadapan mata.

Mengajar di sekolah bandar dengan majoriti pelajar bukan bumiputera, sesiapa sahaja dapat merasakan bahawa sekolah ini bagaikan sekolah elit atau sekolah antarabangsa yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi disamping penggunaan bahasa ibunda yang agak minimal.  Sudah tentulah ramai daripada pelajar aku ini amat bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara untuk pengajaran Maths dan Sains.  Surat kepada pihak berkenaan oleh pihak PIBG telah turut dihantar bagi membantah tindakan kerajaan yang ingin menukar polisi penggunaan bahasa dalam mata pelajaran tersebut. Malah ada antara rakan-rakanku yang mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta agar anak mereka diajar dalam bahasa Inggeris.  kalau di dalam kelas, pelajr-pelajar ini akan memintaku untuk membentang dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa kebangsaan.  Mereka paham sahaja bahasa kebangsaan tetapi tidak petah bercakap bahasa kebangsaan yang sepatutnya merupakan bahasa kebanggaan mereka.

Minoriti di sekolah ini pula memperlihatkan keputusan maths dan sains yang agak tidak memberangsangkan berbanding para pelajar yang lain.  Penguasaan dalam mata pelajaran maths dan sains agak rendah disebabkan oleh penguasaan bahasa Inggeris yang agak lemah.  Salah seorang pelajar tingkatan 6 aku mangaku mahawa tidak sukar baginya untuk mengusai mata pelajaran aliran sains kerana dia perlu belajar lebih berbanding rakan-rakan yang lain.  Namun usaha yang lebih itu tetap memperlihatkan keputusan peperiksaannya yang lemah dalam semua subjek.  Tuisyen pula tidak ramai yang mampu untuk pergi. Maklumlah di bandar ini, mengambil kelas tuisyen WAJIB bagi menjamin kecemerlangan anak-anak sejak daripada darjah satu lagi bagi mereka yang MAMPU.  Yang tidak berkemampuan pula akan turut berusaha untuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan berkorban segala bentuk harta benda bagi melihat anak mereka berjaya. Yang tidak mampu merupakan minoriti di sekolah ini.

Senario ini baru nampak di bandar.  Bagaimanakah pula senario di kampung pula? Kalau di bandar pun dah macam ini, di kampung pula tentu lebih teruk.

Apa yang kita inginkan adalah penguasaan ilmu itu sendiri. Aku yakin pihak kerajaan inginkan masyarakat yang berilmu dan tidak sanggup untuk menunggu lebih lama dengan mengorbankan lebih ramai pelajar daripada menjadi mangsa keadaan senario pendidikan yang berubah-ubah.  Tentu ramai yang berkata.... "ala... baru buat 10 tahun Kita kena tunggu lebih lama lagi baru boleh nampak kesannya yang positif."  "Nanti anak-anak kita nak pergi belajar OVC akan menghadapi masalah bahasa pula!" Kedua-dua pendapat ini boleh jadi datang daripada 2 golongan keluarga yang berbeza, iaitu keluarga si miskin dan yang kedua keluarga si elit.

Meh kita cari statistik,
1. Berapa ramaikah golongan elit di negara kita berbanding si miskin?
2. Siapakah penghuni majoriti kawasan bandar dan luar bandar serta pendapatan isi rumah mereka?
3. Perbandingan keputusan peperiksaan pelajar bandar dan pelajar luar bandar?

Kalau kita tau statistik yang sebenar, bolehkah kita menukarkan pendapat kita?

Sekarang, si elit dan si miskin ingin berpecah dengan emberikan pelbagai idea yang menarik kepada umum.  Apa kata kita buat sekolah aliran Inggeris? Apa kata kita wujudkan sekolah aliran Inggeris sebagai sebahagian sekolah wawasan?

Yang aku nampak pula akan wujud jurang yang lebih besar antara si elit dengan si miskin.  Si elit akan lebih ramai dapat A penuh dalam peperiksaan dan si miskin akan terus di komen seperti... "dia dapat 5 A sahaja dalam SPM tetapi dapat biasiswa penuh. Aku yang lebih pandai ni belajar rajin-rajin dapat A penuh pun tak dapat biasaiswa....."

Dan akhir sekali.... kata-kata yang dilemparkan kalau tak dapat biasiswa.."Kerajaan teruk"...

6:21 PM




I did not checked my email lately and I received this notification.  Terasa cool pulak :D